ALLOH…
Segala persoalan terjawab kini,
Aku mencari Yang Maha Agong,
Kini aku telah sempurna,
Mengadap Allah Yang Maha Esa,
Kini aku telah sempurna,
Telah ku tempuh suka dan duka,
Segala cerita penuh luka,
Segala kisah senyum dan tawa,
Di sini aku dilahirkan,
Mula mengenal erti kehidupan,
Mula dirasa segala kesukaran,
Semua hilang dalam ingatan,
Zaman kanak-kanak penuh keriangan,
Hari dilalui penuh kegirangan,
Tak pernah kenal erti kekecewaan,
Hati tak pernah terhiris kelukaan,
Zaman remaja indah belaka,
Tercari-cari hakikat cita,
Segala ilmu tekun di timba,
Buat bekal di hari muka,
Zaman bergelar mahasiswa,
Zaman kemuncak sinar bahagia,
Bertemu si dia gadis ceria,
Yang dulu selalu mengganggu lena,
Zaman tercampak di bumi Mersing,
Bumi bertuah gersang dan asing,
Akhirnya aku pulang berpaling,
Bahagia hidup calar terconteng,
Zaman tercampak di Bukit Jalil,
Ranjau hidup masih tercungkil,
Bahagia hakiki tidak terpanggil,
Seperti tangisan ketika lahir,
Kini aku telah dewasa,
Pulang ke kampung halaman tercinta,
Namun diseru “sebuah kuasa”,
Agar menggegar sebuah dunia,
Yang sedang dalam noda dan dosa,
Aduhai ibu dan ayah tercinta,
Maafkan segala kotoran dosa,
Izinkan anakanda berjuang di sana,
Melaksana suruhan ALLAH Yang Esa,
Seruan akan aku laksana,
Biar cintaku belum sempurna,
Rusuk kiriku kini tiada,
Moga kembali kita bersama,
Kini aku faham segala,
Terima kasih ALLAH tercinta,
ALLAH yang mengajar tulis dan baca,
ALLAH yang tahu segala-galanya,
“Wahai hambaKu yang taat setia,
Bimbinglah sekalian umat manusia,
Masanya kini telah tiba,
Pertolongan dariKu mengatasi segala”,
“Wahai makhlukKu bernama Adam,
Inilah kisah yang lama terpendam,
Bukankah Aku telah berjanji,
Bahawa kamu sebaik kejadian,
Setelah kamu Aku cacatkan,
Kerana engkar rahsia seruan,
Kembalilah kamu ke asal kejadian”,
“Wahai makhlukKu bernama Adam,
Kembalilah kamu kepada Adam,
Ketahuilah segala rahsia kecacatan,
Segala dosamu Aku ampunkan”,
Terima kasih ALLAH tercinta,
Maafkan segala noda dan dosa,
Hapuskan segala duka sengketa,
Agar hidup tenang bahagia,
Ramadhan kini menjelang tiba,
30 malam terbuka rahsia,
40 hari penyucian jiwa,
Bimbinglah aku ke dalam syurga,
Untuk melihat wajah-Mu di sana,
Di sanalah syurga segala syurga,
ALLAH…